Tuesday, August 31, 2010
Ciri Orang Beriman
2. Orang-orang yang tekun melakukan amalan yang wajib disamping amalan sunat.
3. Orang-orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna. 4. Orang-orang yang memelihara solatnya dan khusyuk dalam solatnya.5. Orang-orang yang sentiasa bercakap benar.6. Orang-orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya. 7. Orang-orang yang berjalan di muka bumi dengan tidak menyombongkan diri.
8. Orang-orang yang sentiasa mengeratkan silaturrahim dan membantu sesama muslim.
9. Orang-orang yang melakukan amalan dengan ikhlas dan tidak bertujuan menunjuk-menunjuk(riak).
10. Orang-orang yang suka bersedekah, beramal jariah, dan tidak berlebihan dalam berbelanja(tidak boros)
11.Orang-orang yang mengeluarkan zakat.
12. Orang-orang yang sabar menghadapi dugaan dan sabar apabila marah. 13.Orang-orang yang menjaga pergaulannya dan menjaga auratnya.
14. Orang-orang yang sentiasa mencintai akan kebaikan.
15.Orang yang tidak mencintai dunia semata-mata dan tidak lalai dengan kesibukan dunia.
16. Orang-orang yang percaya perkara ghaib seperti hari akhirat, Malaikat, syurga dan neraka.
17.Orang-orang yang berjihad di jalan Allah.
18. Orang-orang yang mencintai Rasulullah dengan selalu berselawat dan mengamalkan sunnahnya.
19. Orang-orang yang takut akan Allah swt, sambil berdoa, mudah-mudahan dia terhindar dari seksa Allah swt.
Kata Hikmah
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah berfirman: Sesiapa yang memusuhi wali-Ku (orang yang setia kepada-Ku), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya.
Tiada seorang pun daripada hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu lebih Aku cintai daripada ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya.Di samping itu, hendaklah sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga aku mencintainya.
Apabila Aku sudah mencintainya, nescaya jadilah Aku (seolah-olah) sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya; sebagai penglihatan yang ia melihat dengannya; sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya.
Seandainya ia memohon (sesuatu) daripada-Ku pasti akan Aku terima; dan seandainya (pula) ia memohon perlindungan daripada-Ku pasti Aku akan melindunginya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Followers
About Me
- faizttj88
- Nama Mohammad Faiz Bin Md Nor,Berasal dari Negeri Sembilan,menetap di Seremban,lahir pada 11 march 1988,bersekolah dahulu di Sekolah rendah kebangsaan Senawang,sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar,Tingkatan 6 di Sekolah Menegah Kebangsaan Seri Pagi dan pernah menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang sejarah...
No comments:
Post a Comment