Friday, September 21, 2012

8 Perkara Menambahkan Iman

1-Mengenal Allah SWT dengan sebenar-benar kenal bukan sekadar lisan, tetapi kenal bersama cinta, takut kepada amaran Allah SWT, sebagaimana ulamak takut kepada Allah SWT. 

2-Bertadabbur kepada Al-Quran Al-Karim sehingga apabila mendengar kalimah-kalimah Al-Quran dia akan bertambah imannya.Bibir membaca, telinga mendegar, hati memerhati setiap patah perkataan. hati memahami maksud dan kehebdak Al-Quran, segala anggota melaksanakan kandungan ayat-ayat Al-Quran.

3-Mengenal dan mencintai Rasulullah SAW serta mengikuti setiap pergerakkan Rasulullah SAW.

4-Berfikir kepada kejadian atau penciptaan Allah SWT yang amat unik, sehingga cara kita berfikir tersebut termasuk dalam kategori ibadat kepada Allah SWT.

5-Memperbanyakkan solat-solat sunat  dan perkara-perkara sunat seperti sedekah, Qiamullail dan puasa sunat hari Isnin dan Khamis setelah sempurna menunaikan perkara-perkara fardhu dan solat-solat Fardhu.

6-Mendekati Allah SWT melalui perkara-perkara ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi segala larangan Allah SWT seperti perkara-perkara maksiat, perkara mngurangkan iman, mendengar nyanyian wanita dan memandang aurat wanita.  

7- Sentiasa berzikir kepada Allah SWT agar hati sentiasa hidup, yakni setiap detik dan pergerakkan hati di arahkan kepada ketaatan kepada perintah Allah SWT.

8-Menjadikan  Dakwah sebagai tugas rasmi dalam kehidupan walaupun pada zahir kita bertugas dengan  kerajaan atau majikan. Tidak ada perkataan yang keluar daripada mulut seorang pendakwah yang Allah SWT tidak bayar dengan pahala dan Keredahaan Yang Maha Esa. Malah semuanya  lebih berharga dari permata dan berlian di Sisi Allah SWT.

15 Amalan-amalan terbaik--Hassan Al-Basri

  1. Kamu mempunyai giliran, jika anda tertinggal, giliran orang lain akan mengambil giliran anda.
  2. Dunia adalah mimpi dan impian, akhirat adalah kenyataan, mati adalah perantaraan diantara keduanya, umat Islam adalah sebaik-baik pilihan.  
  3. Sesiapa menghisab dirinya dia akan berjaya.  
  4. Sesiapa lalai dia akan mengalami kerugian.
  5. Sesiapa memandang kesan disebaliknya atau akibat, dia akan terselamat. 
  6. Sesiapa mengikut hawa nafsu, dia akan sesat.
  7. Sesiapa dapat mencapai impiannya, dia akan menjadi kaya.
  8. Sesiapa takut, dia akan selamat. Sesiapa mengambil pengajaran dia akan dapat melihat kebenaran.
  9. Sesiapa dapat memahami, dia akan alim.
  10. Sesiapa dapat memahami, dia akan beramal.
  11. Jika kamu tergelincir, mulakan semula perjuangan kamu.
  12. Jika kamu menyesal, buanglah perkara tersebut.
  13. Jika kamu jahil, tanyalah.
  14. Jika kamu marah, jagalah diri kamu. 
  15. Ketahuilah sebaik-baik amalan adalah amalan yang dibenci oleh nafsu.

Thursday, March 15, 2012

Fahami doa minta Allah tunjukkan jalan lurus

DOA kadang-kadang minta lain tapi buat lain malah ada juga bertentangan dengan apa yang kita minta tapi kita sebut ‘aamiin’.

Bila imam baca doa kita di belakang main sebut saja, aamiin tapi tak tahu dan tak faham apa yang imam baca.

Doa sebenarnya permintaan, kalau kita meminta sesuatu kita mesti faham, barulah masuk ke hati dan sedar apa yang kita minta.

Bila faham semasa berdoa sangat menolong kita mencarinya selepas berdoa dalam kehidupan seharian.


Kalau main minta atau main angkat tangan saja sedangkan tak faham apa-apa boleh dianggap bermain-main dengan doa.


Sudah puluhan tahun kita meminta perkara sama tapi tak dapat-dapat. Sebenarnya bukan Allah tak perkenankan tapi kita sendiri yang hanya pandai minta tetapi tak pandai cari.

Minta tapi tak cari sama seperti berangan-angan. Antara yang kita mesti minta setiap hari sebanyak 17 kali sehari semalam ialah ‘ihdinassiratal mustaqim’ ataupun maksudnya ‘ tunjukilah kami jalan yang lurus.’

Besarnya doa ini, kita diwajibkan membacanya setiap kali di dalam sembahyang sebanyak 17 kali sehari.

Doa ini tidak didahulukan melainkan selepas kita memuji Allah dahulu bahawa segala pujian itu meliputi pada-Nya dan Dia adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Besarnya juga doa ini ia tidak didahulukan melainkan kita berikrar mengaku sebenar-benarnya hanya Allah, Tuhan yang kita sembah dan tempat kita meminta pertolongan.

Setiap hari minta ‘jalan yang lurus’.

Tahukah kita apa jalan yang lurus itu? kalau tak tahu kena belajarlah sebab jalan yang lurus itu sangat penting.

Sesetengah remaja hanya tahu jalan betul, jumpa jalan betul terus merempit.
Orang Palestin mati di jalan Allah kita mati jalan raya.

Kalau kita perhatikan sebaik sahaja kita meminta jalan yang lurus, ‘ihdinassiratal mustaqim’ Allah mentafsirkan jalan lurus itu Tuhan terangkan jalan yang Allah sudah berikan nikmat-Nya kepada orang-orang yang terdahulu.

Siapakah orang-orang ini? Mereka adalah rasul, nabi, sahabat-sahabat dan aulia’. Mereka kekasih Allah, Tuhan yang menganugerahkan nikmat besar kepada mereka.

Nikmat pula ialah nikmat iman, Islam dan ihsan. Hanya dengan jalan iman, Islam dan ihsan, barulah kita dapat mengikut jalan yang lurus, jalan yang sama dilalui oleh kekasih Allah iaitu rasul, nabi dan wali Allah.

Mereka melalui jalan itu dan Allah tunjukkan jalannya. Maka yang kita minta itu adalah untuk mengikut jalan seperti mereka supaya kita benar-benar sampai kepada Allah.

Jalan yang lurus itulah yang akan sampai kepada Allah. Selain itu, ada juga jalan tetapi tidak sampai kepada Allah.

Allah terangkan lagi dalam surah Al-Fatihah, minta dijauhkan kita daripada dua jalan yang tidak sampai kepada Allah iaitu jalan orang yang Allah murkai dan jalan orang-orang yang sesat.

Jalan orang yang Allah murkai adalah jalan orang-orang yang tidak percaya Tuhan seperti Namrud dan Firaun.

Mereka menolak Allah dan mereka adalah orang yang mendapat laknat Allah.

Jalan orang yang sesat pula ialah seperti Yahudi dan Nasrani (kristian).
Walaupun mereka percaya Tuhan, tetapi jalan yang mereka lalui bertentangan
dengan kehendak Tuhan.

Justeru, mereka tidak akan sampai kepada Tuhan. Orang yang boleh sampai kepada Tuhan adalah orang yang mengikuti jalan lurus.

Jalan itu ditempuh oleh rasul, nabi, sahabat, tabiin dan wali Allah sebelum ini. Maka, kita mengharapkan belas kasihan supaya Allah tunjukkan kita jalan
yang sampai kepada-Nya.

Dinyatakan tadi jalan itu adalah iman, Islam dan ihsan. Ketiga-tiganya adalah nikmat besar Tuhan kepada kita jika kita mendapatkannya.

Namun, ketiga-tiganya mestilah difahami dan dihayati seterusnya menjadi amalan dan perjuangan hidup kita.

Barulah kita mendapat jalan yang lurus.

Kalau sekadar slogan atau cakap-cakap saja, itu dikira belum dapat lagi.
Cubalah muhasabah diri kita sejauh mana kita bersungguh-sungguh ketika berkomunikasi dengan Allah. Paling kurang ayat al-Fatihah yang kita baca seharian, antara faham, kehendak dan realiti biarlah selari seiring dan sejalan.

Fahamilah, hayatilah, amalkanlah serta perjuangkanlah!

Kata Hikmah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah berfirman: Sesiapa yang memusuhi wali-Ku (orang yang setia kepada-Ku), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya.

Tiada seorang pun daripada hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu lebih Aku cintai daripada ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya.Di samping itu, hendaklah sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga aku mencintainya.

Apabila Aku sudah mencintainya, nescaya jadilah Aku (seolah-olah) sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya; sebagai penglihatan yang ia melihat dengannya; sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya.

Seandainya ia memohon (sesuatu) daripada-Ku pasti akan Aku terima; dan seandainya (pula) ia memohon perlindungan daripada-Ku pasti Aku akan melindunginya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Followers

About Me

My photo
Nama Mohammad Faiz Bin Md Nor,Berasal dari Negeri Sembilan,menetap di Seremban,lahir pada 11 march 1988,bersekolah dahulu di Sekolah rendah kebangsaan Senawang,sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar,Tingkatan 6 di Sekolah Menegah Kebangsaan Seri Pagi dan pernah menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang sejarah...