Friday, September 21, 2012
8 Perkara Menambahkan Iman
2-Bertadabbur kepada Al-Quran Al-Karim sehingga apabila mendengar kalimah-kalimah Al-Quran dia akan bertambah imannya.Bibir membaca, telinga mendegar, hati memerhati setiap patah perkataan. hati memahami maksud dan kehebdak Al-Quran, segala anggota melaksanakan kandungan ayat-ayat Al-Quran.
3-Mengenal dan mencintai Rasulullah SAW serta mengikuti setiap pergerakkan Rasulullah SAW.
5-Memperbanyakkan solat-solat sunat dan perkara-perkara sunat seperti sedekah, Qiamullail dan puasa sunat hari Isnin dan Khamis setelah sempurna menunaikan perkara-perkara fardhu dan solat-solat Fardhu.
Kata Hikmah
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah berfirman: Sesiapa yang memusuhi wali-Ku (orang yang setia kepada-Ku), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya.
Tiada seorang pun daripada hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu lebih Aku cintai daripada ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya.Di samping itu, hendaklah sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga aku mencintainya.
Apabila Aku sudah mencintainya, nescaya jadilah Aku (seolah-olah) sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya; sebagai penglihatan yang ia melihat dengannya; sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya.
Seandainya ia memohon (sesuatu) daripada-Ku pasti akan Aku terima; dan seandainya (pula) ia memohon perlindungan daripada-Ku pasti Aku akan melindunginya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Followers
About Me
- faizttj88
- Nama Mohammad Faiz Bin Md Nor,Berasal dari Negeri Sembilan,menetap di Seremban,lahir pada 11 march 1988,bersekolah dahulu di Sekolah rendah kebangsaan Senawang,sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar,Tingkatan 6 di Sekolah Menegah Kebangsaan Seri Pagi dan pernah menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang sejarah...
No comments:
Post a Comment