Wednesday, September 22, 2010

Rasukan Nafsu

Disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan untuk mengawal nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

1. Fikirkan target/tumpuan kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.

2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.

3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.

4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.

6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.

7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.

8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.

10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan keagamaan, dengan cara ini membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik. Selain itu, masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarang, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengan cara ini, waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.

11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk daripada biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan

12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada ke-

matian.

13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha

untuk menerima kematian dalam situasi itu?.Fikirkan selalu.

14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib. Akibat amat buruk sekali sekiranya gagal membendung perasaan dan hawa nafsu.

15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi penyebab kepada peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InsyaAllah dengan bacaan ayat al-Quean rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingat lah kebesaran Allah.

16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan hasutan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong hampir kepada maksiat serta yang lebih besar daripada itu mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

Firman Allah swt: Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang amat jelas ( Surah Al-Baqarah :ayat 168 )


17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram

mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambahkan lagi perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. Ibarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

19. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

20. Segara beristighfar dan bertaubat walaupun belum jatuh dalam maksiat yang berat.

َFirman Allah SWT bermaksud: Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa. ( Al-Imran )


Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati.

Allah mengingatkan dengan berfirman :-

Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugi bagi mereka yang mengotorkannya.

(surah Al-Shams :ayat 9-10)

Saturday, September 4, 2010

Info Malam Lailatulqadar

> Imam Hasan al-Basri, berkata antara tanda malam lailatulqadar ialah suasana malamnya tenang, damai, tenteram, tidak panas dan tidak terlalu dingin.

> Air laut juga kelihatan jernih, anjing tidak banyak menyalak dan matahari terbit pada keesokan paginya dengan sinar putih bersih dan cahaya yang redup.

> Dalam Sahih Muslim dinyatakan bahawa pada malam lailatulqadar seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi.

> Malaikat membawa rahmat Allah memasuki rumah serta memberi salam kepada orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing, khinzir, arak dan patung.

> Malaikat akan naik semula ke langit secara serentak dengan sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas matahari menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang.

> Sesiapa yang menyedari tanda itu, mereka hendaklah meningkatkan amalan dan berdoa sepanjang hari sebagaimana ketekunan ibadahnya di malam hari.

> Malam lailatulqadar adalah malam yang penuh rahsia. Hanya Allah mengetahui bila ia terjadi. Rasulullah sangat menggalakkan umatnya mencari peluang beriktikaf di malam lailatulqadar.

Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Carilah malam lailatulqadar pada bilangan ganjil dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)

> Mengikut Anas daripada nabi menyatakan bahawa: “Allah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya.”

> Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari)

> Gandakan ibadat pada malam ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ganjil iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29.

> Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan Ali bin Abu Talib.

"Sesungguhnya Rasulullah membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat): ‘Ya Allah Sesungguhnya aku berlindung dengan keredaan-Mu daripada segala kemurkaan-Mu. Aku berlindung dengan kemaafan-Mu daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. Aku juga berlindung dengan Zat-Mu yang tidak terhitung segala nikmat dan belas kasihan yang Engkau berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-Mu seperti mana pujian yang layak bagi Zat-Mu.’” (Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad)

> Umat Islam dianjurkan berdoa sebagaimana dikhabarkan daripada Aishah: “Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada lailatulqadar apakah yang sepatutnya aku ucapkan?”
Bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: “Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbu al-afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku).’” (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah).

Kata Hikmah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah berfirman: Sesiapa yang memusuhi wali-Ku (orang yang setia kepada-Ku), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya.

Tiada seorang pun daripada hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu lebih Aku cintai daripada ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya.Di samping itu, hendaklah sentiasa bertaqarrub kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga aku mencintainya.

Apabila Aku sudah mencintainya, nescaya jadilah Aku (seolah-olah) sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya; sebagai penglihatan yang ia melihat dengannya; sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya.

Seandainya ia memohon (sesuatu) daripada-Ku pasti akan Aku terima; dan seandainya (pula) ia memohon perlindungan daripada-Ku pasti Aku akan melindunginya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Followers

About Me

My photo
Nama Mohammad Faiz Bin Md Nor,Berasal dari Negeri Sembilan,menetap di Seremban,lahir pada 11 march 1988,bersekolah dahulu di Sekolah rendah kebangsaan Senawang,sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar,Tingkatan 6 di Sekolah Menegah Kebangsaan Seri Pagi dan pernah menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang sejarah...